Posts

Showing posts from August, 2018

LOG PERJUMPAAN: 29 OGOS 2018

Masakan Rimba Catatan saya: Pada perjumpaan kali ini, saya dan rakan-rakan membuat aktiviti masakan rimba. Setiap sekawan -diberi bahan-bahan yang sama dan perlu memasak bahan-bahan tersebut mengikut kreativiti masing-masing menggunakan sumber alam semula jadi. Saya dan rakan-rakan menghidupkan api menggunakan ranting-ranting kayu dan rumput-rumput kering. Saya dan ahli sekawan saya juga turut mencuba memasak kentang dengan meletakkannya di dalam lubang dan di atas lubang tersebut adalah dimana kami menghidupkan api. Syukur, masakan rimba kami menjadi and ia merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan. It is really fun and I enjoy it !

LOG PERJUMPAAN: 15 OGOS 2018

                                    LAUNG AGUNG Catatan saya: Pada perjumpaan kali ini , saya dan rakan-rakan belajar cara-cara untuk membuat laung agung . Cikgu membuat demonstrasi terlebih dahulu sebelum kami disuruh untuk melaksanakan laung agung itu sendiri. Setiap sekawan diberi masa untuk berlatih membuat laung agung dan sebelum perjumpaan berakhir, cikgu memilih satu sekawan untuk membuat laung agung.