LOG PERJUMPAAN: 29 OGOS 2018

Masakan Rimba


Catatan saya:

Pada perjumpaan kali ini, saya dan rakan-rakan membuat aktiviti masakan rimba. Setiap sekawan -diberi bahan-bahan yang sama dan perlu memasak bahan-bahan tersebut mengikut kreativiti masing-masing menggunakan sumber alam semula jadi. Saya dan rakan-rakan menghidupkan api menggunakan ranting-ranting kayu dan rumput-rumput kering. Saya dan ahli sekawan saya juga turut mencuba memasak kentang dengan meletakkannya di dalam lubang dan di atas lubang tersebut adalah dimana kami menghidupkan api. Syukur, masakan rimba kami menjadi and ia merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan.

It is really fun and I enjoy it !

Comments