Sejarah Pengakap Malaysia

Sejarah Pengakap Malaysia


Sejarah Pengakap Malaysia
            Di Malaysia, sejarah pengakap bermula apabila beberapa pasukan pengakap mula ditubuhkan di Singapura. Pasukan pengakap yang pertama telah ditubuhkan oleh  F.C.Sands di Singapura ialah pada tahun 2hb Julai 1910, 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England. Daripada tarikh itu, pasukan pengakap terus berkembang dengan penubuhan pasukan pengakap bagi budak-budak Melayu oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff. Perkembangan pengakap ini mula diterima di Malaysia oleh negeri Pahang yang telah diasaskan oleh G.M.Laidlow. Walaubagaimanapun, pergerakan persatuan ini terkubur apabila G.M.Laidlow meninggal dunia. Pada tahun 1927 , pergerakan persatuan ini dihidupkan kembali oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang.
Selain itu, H.R. Cheesman, seorang ahli pendidikan yang terkenal pula telah menubuhkan sebuah pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iaitu di Penang Free School pada 1915. Encik Cheeseman adalah “nyawa Pergerakan” di Pulau Pinang dimana beliau telah memimpin Pergerakan itu selama 13 tahun sebelum bertukar ke Johor dalam tahun 1928. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan Penolong Pesuruhjaya bagi Malaya dan turut memainkan peranan yang sangat penting dalam membina Pergerakan Pengakap tersebut di seluruh negeri. Pada tahun 1927, dia telah dianugerahkan pingat Silver Wolf. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler. Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula berkembang di Kedah dan diteruskan di negeri Johor yang bermula pada tahun 1928 dengan penubuhan kumpulan pertamanya iaitu di Maktab Sultan Abu Bakar.
            Seterusnya , pergerakan pengakap terus berkembang di Malaya dengan penubuhan pergerakan pengakap di Melaka pada tahun 1925 oleh Encik R. Bruston sebagai Pesuruhjaya Daerah yang pertama manakala di negeri jirannya, Negeri Sembilan yang turut memulakan pergerakan pengakap pada tahun yang sama oleh Encik Bird dan Encik Roger Smith sebagai Pesuruhjaya Daerah dan Penolong Pesuruhjaya Daerah. Di samping itu, negeri Selangor pula menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle manakala di Kelantan pula ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Temenggong. Di negeri Perlis pula, pergerakan pengakap ditubuhkan pada tahun 1931.
            Tambahan lagi, pergerakan Pengakap turut berkembang dengan cepat di Sarawak dan Sabah. Pasukan Pengakap yang pertama di Malaysia Timur bertempat di Sabah ditubuhkan pada tahun 1913 dan Pergerakan itu mengambil masa lebih 9 tahun untuk mendapatkan pengikut-pengikut dan pembantu-pembantu dibandar-bandar yang lain dinegeri itu. Di Sarawak pula, penubuhan pergerakan Pengakap ditubuhkan pada 1915 .
           

Comments

Popular posts from this blog

LOG PERJUMPAAN: 29 OGOS 2018

LOG PERJUMPAAN: 15 OGOS 2018

LOG PERJUMPAAN: 4 SEPTEMBER 2018